Assalamualaikum.
Apa khabar? Moga Allah memberikan kalian kesihatan yang baik.
Kali ni entri aku ada macam macam cerita. Sedih ada, happy ada. Semua ada. Haaa let's start. Dulu aku ada crush. Nama dia ehem ehem. Malas ah kasi tahu. Masa mula mula aku kenal dia, dia memang baik and sweettalker. Aku kenal dia time training kawad. Masa tu dia duduk depan aku. Mulanya dia duduk jauh then dia tukar tempat duduk depan aku. Tetiba ada satu suara ni cakap " Eh kau, nak duduk dekat dengan Ecah je " then aku pun senyum je lah. Pastu dia pulak balas " Biar ah, kami sehidup semati. " OMG!!! Masa tu hati aku dah tak tentu arah. Biasa ah mula mula kenal. Taktahu pulak dia SWEETTALKER!!! Lepas dia cakap tu, dia pandang aku then senyum. Alahai lagilah melting aku masa tu. Memang manis gila senyuman dia. Auwmm. Hahaha. Aku crush dekat dia lama. Setahun kau tahuuu! Lama lah tu kan. Aku tak pernah suka orang lama lama macam ni. Aku suka dia since 16/1/2013. Hmm. Biasalah. Kita suka orang, tapi tak semestinya orang suka kita kan.
Bila dah lama suka dia, tetiba aku tahu dia ada girlfriend. Bila aku tahu dia dah ada girlfriend, aku redha jelah. Nak buat macam mana kan. Bukan jodoh aku mungkin. Eh aku masih muda lah. Mana tahu kan siapa jodoh aku. Taktahu bila dia nak mai, bila dia nak pi jauh dari aku kan. So aku rasa baik aku lepak dulu. Takpayah ada crush takpayah ada boyfriend. Haa cukup lah kawan je. Sekarang ni aku dengan dia makin kamcing, memang boleh jadi partner gosip je dia ni. Kami satu kepala. Gila gila punya orang.
Haritu aku ada wasep dia. Sembang ah pasal girlfriend dia. Then sembang pasal ex girlfriend dia. Ex gf dia tu adik angkat aku. Girlfriend dia yang sekarang memang bajet gila ah. Padahal abang dia rapat dengan aku. Bila bila aku boleh ngadu kat abang dia, tapi aku bukan jenis kaki ngadu. Masa hari guru haritu aku pergi rakam video dia menyanyi, then girlfriend dia cakap, rasa nak bunuh je dia ni. Dia tu maknanya aku ah. Pergi bgtau adik angkat aku, memang dia cerita ah dekat aku. Haaa. Nasib kau lah eh. Bila aku tahu gf dia cakap macamtu, aku jadi panas hati gila.
Aku pernah tanya dia, aku ni baik tak? Then dia jawab " Hang ni kadang-ii baik, kadang-ii nakal." Aku pun terkejut ah dia kata aku nakal. Kwaja k. Hahahaha. Dila cakap, Dila suka dengar cerita pasal kami. Sweet je. Dila kata kami saling melengkapi. Alahai sweetnya kalau gitu. Hahahaha. I hope lah dia memang jadi pelengkap hidup aku. Well semua orang ada harapan. Oklah bye. Assalamualaikum! :*
Friday, 13 June 2014
Zulkaflee's and Zainuriah's Hero
Assalamualaikum.
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk hidup.
*lanje satu gambar*
Form 2 punya gambar.
Muka budak.
Twitter/Insta: AisyhZulkaflee
Wechat ID: aisyahanno
Whatsapp nak jugak ke? Public ni -.-
Kali ni aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Okay let's start. K nama aku Nor Aisyah Bt Zulkaflee atau dikenali sebagai Ecah. Umur aku 15 tahun. Aku orang Perak yang sangat sempoi and open minded. Aku ni peramah tapi pemalu. Haaa macam mana tu? Maksud dia macam ni, sebelum aku rapat dengan someone aku ni memang malu malu, susah nak dengar suara, tapi bila dah kenal dah rapat kamceng pa semua, mulalah keluar tanduk. Tapi bukan dengan semua orang aku boleh ramah ramah. Okay.
Aku ni anak bongsu. Well, orang kata anak bongsu ni manja, tapi aku ni tak berapa nak manja sangat. Masa aku kecik-ii aku ni ada 2 orang je kawan. Kawan yang paling rapat lah. They are Syahmi and Amin. Haaa. Sampai sekarang kitorang still lagi berkawan. Sebab tu perangai aku macam jantan tapi kuat nangis. Syahmi dengan Amin ni tua setahun dari aku. Tahun ni diorang f4. Aku muda lagi. Baru f3. Sebab tu comel lebih sikit. Kahkahkah.
Aku ada sorang abang sorang kakak. Abang aku ni umur dia 24 tak silap. Kakak aku umur 20. Abang aku handsome kakak aku segak. Ni kalau kak dengan abang aku baca ni mau naik kembang badan depaa. Bukan boleh kena puji sikit depaa ni. Hahaha. Tapi depa memang comel pun. Macam adik depa ni haa. Wah gitu. Dah aku taktau nak cerita apa pasal diri aku sendiri.
Tuesday, 3 June 2014
Bestfriend
'Adilah Husna Bt Termizi
Dila/Adell
Twitter: adilatmz
17y/o
Comel
Baik
Erma Addilla Binti Adanan
Didi/Erma
Twitter: dididee_
18y/o
Cantik
Baik
Assalammualaikum w.b.t
Apa khabar? Harap korang sihat sejahtera.
Aku tulis blog ni sebab aku nak cerita pasal BESTFRIEND aku. Well kita semua tahu, dekat dunia ni semua orang ada bestfriend. Tipu lah kalau takde kan. Aku ada ramai kawan, tapi tak semua tu bestfriend aku. Kawan selalu ada waktu kita senang je, tapi bestfriend ada waktu kita susah senang. Tak semua orang boleh jadi bestfriend kita kan? Atas tu gambar bestfriend aku. Daripada beribu kawan, aku ada dua orang je bestfriend.
Cerita pasal Dila, dia ni baik orangnya, bila aku sedih ke susah ke, dia selalu ada. Gaduh tu normal lah, adat berkawan kan. Dia ni umur 17 muka umur 14. Dengan pendeknya. Tapi comel je bila jalan dengan aku. Bila orang jumpa, mesti cakap aku kakak dia. Ehh dia yang kakak. Bila orang cakap dia nampak muda, mulalah nak seronok. Haih pastu panggil aku kakak lah, abang lah. Mentang mentang hang pendek, nak pertikaikan aku yang lonjong ni. Aku kenal dila ni since aku 4 tahun. Dah 12 tahun dah aku kenal dia. Memang rapat lah. Dia ni jiran sebelah rumah aku je, sebab tu rapat kemain tuu.
Cerita pasal Didi, dia ni sempoi, muka pun manis. Ramai peminat, sampai perempuan pun suka. HAHAHAHAHA. Aku kalau bosan ke apa ke, keluar ah lepak dengan dia. Bila dia bersuara, tak henti lah aku gelak. Seronok je sembang dengan dia. Dia ni kurus sekeping. Kalau tinggi boleh jadi model. Bila menyanyi lagu Ziana Zain memang sedap suara dia. Dia ni bila couple memang serious, takde cinta monyet tu semua. Bila clash dia jadi down gila. Masa dia moody aku dengan Dila memang akan pujuk dia sampai dia happy macam selalu. Dia ada satu perangai yang sama dengan aku, bila nak tahu satu benda tu, mesti akan korek sampai dapat. Selagi tak dapat selagi tu lah mencari sampai dapat. Apa yang kami nak tahu mesti dapat.
Btw, banyak lagi cerita pasal makcik dua orang ni, tapi banyak sangat. Nanti panjang panjang pun bukannya korang baca sampai habis. So kita stop sini. FYI, kitorang tiga orang ni anak bongsu, tapi tak manja dengan parents ah. Ok dah lah eh. Byee. Thankyou baca. Assalammualaikum :D
Subscribe to:
Comments (Atom)


